Tuesday 19 December 2017

KRISMAS?

Related image

*sekadar perkongsian ilmu..^__^

Assalamualaikum! Mesti korang pelik kenapa tiba-tiba aku letak tajuk ni kan? Kita semua tahu perayan krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun. Tapi ada juga perkara yang kita tak tahu. Perkara apa?

Aku ada baca sebuah buku ni 'Aku Melayu di Kota Inggeris' karya Muhaimin Sulam,seorang pelajar Malaysia yang belajar di Britain. Dia ada berkongsi tentang perayaan ni. 

Image result for buku aku melayu di kota inggeris

Katanya dalam buku tersebut, perayaan Krismas pada asalnya bukan salah satu perayaan orang Kristian tetapi merupakan perayaan orang yang tidak beragama (orang pagan) sebelum kedatangan Kristian. Pada zaman dahulu, Krismas diraikan ketika musim dingin oleh orang yang tidak beragama supaya dapat menghidupkan malam yang dingin dan panjang itu. 

Related image

Tetapi, apabila Kristian telah bertapak di Eropah, mereka menjadikan Krismas sebagai salah satu acara keagamaan Kristian. Oleh itu, mitos seperti pokok Krismas dan Santa Claus memang tidak berkaitan langsung dengan agama kristian.

Post ni hanyalah perkongsian semata. Aku cuma tertarik dengan fakta sebenar tentang Krismas yang ditulis dalam buku tersebut.. Alang-alang pula lagi beberapa hari  sebelum tarikh perayaan tu. Semoga post ni bermanfaat..:)

KEEP YOUR LIFE ALIVE!

Salam blogger, eha ehut.

No comments:

Post a Comment